Astaghfirullah...Beratnya Jen4zah Macam Batu, Ini Yang Dilakukan Ketika Hayatnya
Beratnya Jen4zah Macam Batu, Ini Yang Dilakukan Ketika Hayatnya
Adakalanya, kita memerlukan kisah-kisah pengajaran yang benar-benar berlaku di sekeliling kita untuk kita ambil iktibar, memperbaiki diri, serta menginsafi kebu,rukan diri, apatah lagi di zaman yang jemari menjadi pengganti lisan.
Sebagai pengajaran mari kita bersama hayati kisah ini, untuk menjen,tik jiwa-jiwa kita bermuhasabah diri.
Kisah Seorang Hajah
Kisah ini sudah lama berlaku. Jika tidak silap saya pada awal tahun 90-an dahulu. Cerita yang ingin saya kongsikan ini adalah berkenaan seorang wanita di kampung saya yang dikenali sebagai Hajah Roziah (bukan nama sebenar).
Usia Hajah Roziah sekitar 70 tahun, namun kudratnya masih kuat. Boleh dikatakan saban hari dia ke kebun menguruskan tanaman sayurannya. Begitulah rutinnya sejak kem4tian suaminya, Haji Budin (bukan nama sebenar) kira-kira 10 tahun lalu.
Anak-anaknya pula sudah berkeluarga dan menetap di ibu kota. Jika sesekali mereka pulang riuh rendahlah rumah Hajah Roziah dengan gelagat dan hiruk pikuk cucu-cucunya.
Pernah juga saya dengar anak-anaknya mengajak Hajah Roziah tinggal bersama mereka tetapi macam-macam alasan diberikan, katanya lebih selesa tinggal di kampung dan menjaga rumah pusakanya.
Jarang Bergaul, Pilih Kawan, Mulut Laser
Bagaimanapun ada sikap Hajah Roziah yang tidak disenangi penduduk kampung. Dia amat jarang bergaul. Masanya lebih banyak dihabiskan di rumah dan di kebun sahaja. Jika ada kenduri-kendara pun dia jarang munculkan diri. Kalau ada pun hanya mereka yang ‘terpilih’ sahaja kerana sifatnya yang suka memilih kawan.
Ramai orang tahu mulut Hajah Roziah ini ‘laser’. Kalau dia bercakap memang pe.dih anak telinga mendengarnya. Tambah pula bab k0mplen orang, memang tuan punya badan boleh sen.tap.
Kalau orang yang dia tak berkenan pula memang habislah dia ku.tuk, ada sahaja sa.lah dicarinya. Dalam senyum dan ketawa pun dia masih boleh sin.dir menyin.dir.
Angin Ahmar
Namun tiada siapa menyangka, Hajah Roziah yang sihat walafiat tiba-tiba ja.tuh sa.kit akibat sera.ngan angin ahmar. Mengikut cerita yang saya dengar separuh badannya lum.puh dan mukanya juga her0t. Hampir 3 bulan mende.rita, Hajah Roziah menghembuskan nafas terakhir.
Sebagai anak muda yang menetap di kampung, saya dan rakan-rakan tidak terkecuali datang membantu uruskan mana yang patut. Tok Aman yang merupakan ketua kampung lantas membahagikan tugas kepada kami. Ada yang menggali ku.bur, menguruskan keran.da, tempat mandi jena.zah dan sebagainya.
“Kamu dah ukur betul-betul jena.zah ini?” Tanya Tok Aman kepada abang Nazlan yang berada di sebelah saya.
“Sudah t0k. Semua dah beres. Nanti saya maklumkan pada abang Ipin,” kata abang Nazlan sambil meminta diri untuk turun berjumpa abang Ipin yang pakar membuat keran.da di kampung saya.
Saya jeling ke arah jena.zah Hajah Roziah yang bertutup kemas di ruang tamu. Dalam firasat saya tidak su.lit rasanya untuk uruskan jena.zah arwah, maklumlah tubuh arwah kurus dan kecil m0lek, ketinggiannya mungkin dalam 5 kaki dan beratnya dalam anggaran 40 ke 50 kg sahaja.
Jen4zah Berat
Namun ketika anak-anak arwah membawa jena.zah untuk dimandikan tiba-tiba timbul pula satu masa.lah.
“Eh, boleh bawa ke jena.zah ini bang?” Tanya saya seraya bangun untuk turut membantu.
Saya lihat 4 orang anak lelaki arw.ah seakan tidak mampu menampung jena.zah tersebut. Dari riak wajah mereka saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Nampak mereka berpeluh-peluh cuba membawa jena.zah ke tempat mandi yang terletak di bahagian tengah rumah.
“Insya-Allah, b0leh,” kata salah seorang anak arwah dengan nafas yang tercungap.
“Beratnya m4yat mak ni! Macam batu!” Rungut salah seorang anak lelakinya tanpa menyedari kata-katanya itu hampir didengari oleh tetamu yang berada di situ.
Beberapa waris arwah di situ berpandangan tanpa sepatah kata. Saya hanya mendiamkan diri. Tidak m0lek pula jika saya bertanya lanjut.
Alhamdulillah, urusan mandi jena.zah akhirnya selamat disempurnakan. Saya pula terus minta diri menuju ke bangsal berdekatan untuk melihat abang Ipin yang sibuk menyiapkan keranda.
“Okey, semua dah siap Wan. Kalau dah ready nanti beritahu saja. Nanti saya bawa naik keranda ke atas,” kata abang Ipin kepada saya.
Lebih kurang setengah jam kemudian saya dihampiri oleh anak sulung arwah. Katanya, urusan kafan jena.zah telah selesai, jadi dia minta saya dan abang Ipin membantu uruskan jena.zah ke tanah perku.buran.
Lantas saya dan beberapa tetamu terus menguruskan jena.zah arwah. Pada mulanya semua urusan berjalan lancar, namun sebaik sahaja jena.zah diusung menuju ke tanah perku.buran timbul pula perkara di luar jangkaan.
10 Pemuda Tak Mampu Usung
“Bang, boleh panggil lain-lain tolong usung sama tak? Berat sangat jena.zah ini bang. Tak larat kami ini,” kata salah seorang anak arwah.Saya pantas menghampiri dan mengambil tempat di hadapannya.
Dan sebaik pengusung jena.zah berada di atas bahu, saya mengerutkan dahi. Masya-Allah, tidak tahu bagaimana ingin saya ungkapkan. Memang terasa luar biasa berat sehinggakan kami terpaksa bergilir bersilih ganti membantu mengusung keran.da tersebut.
Beberapa anak arwah sudah nampak kele.tihan, malah ada juga merun.gut kecil. Saya pula hanya mendiamkan diri. Walaupun berasa let.ih dan sa.kit bahu namun saya terus gagahkan diri untuk bersama-sama mengusung jena.zah hingga ke tanah perku.buran.
Tidak sampai 500 meter di hadapan, saya akhirnya mengalah. Terus saya minta salah seorang rakan yang berada di sebelah untuk mengambil alih p0sisi saya ketika itu. Sebaik sahaja menyerahkan pengusung, terus saya mencungap sambil menghela nafas panjang.
Tidak tahu bagaimana ingin saya ungkapkan dengan kata-kata. Rasanya seumur hidup tidak pernah lagi saya berhadapan dengan situasi seperti ini. Sungguh pe.lik. Bayangkanlah jen.azah seorang wanita yang bertubuh kecil m.0lek tetapi tidak mampu diusung oleh 10 orang pemuda. Cukup tidak masuk akal.
Sebelum ini saya kerap juga membantu mengusung jena.zah ke perku.buran, namun tidak pernah berlaku kejadian pelik seumpama ini, bahkan walaupun jena.zah yang kami bawa itu bertubuh besar tetapi perjalanannya cukup mudah dan tidak sesulit ini.
Dan sebaik selesai urusan pengebu.mian arwah, saya terus didatangi oleh salah seorang anak arwah. Terus dia gamit saya ke tepi. Mungkin dia ingin ajak saya berbual.
“Saya minta maaflah tentang apa yang berlaku. Tak sangka ada kesulitan pula sewaktu uruskan jena.zah arwah emak sebentar tadi. Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi mungkin juga balasan Allah SWT kepada segala sikap emak ketika hayatnya,” katanya perlahan.
Saya hanya tersenyum. Saya nasihatkan dia agar jangan membuka aib arwah, kerana setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang Allah SWT ingin tunjukkan. Saya tahu dia beranggapan apa yang terjadi ada kaitannya dengan sikap arwah yang sering mengata dan membu.rukkan orang lain.
“Kita d0a yang baik-baik sahaja untuk arwah. Semoga Allah SWT mengampuni setiap d0sanya serta menempatkannya bersama g0longan orang beriman,” kata saya sambil mengiringinya keluar dari tanah perku.buran.
Demikian perkongsian itu.
Jaga Lisan, Jaminannya Syurga
Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jualah tempat kita kembali. Pandanglah kisah ini dari sudut yang positif, ambil pengajarannya. Kisah sebegini pasti pernah kita dengar bukan?
Jagalah lidah dan jagalah hati. Begitu banyak pesanan daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW tentang menjaga lidah. Kesan lidah impaknya besar.
Menjaga lisan itu jaminannya syurga. Buktinya ini;
Nabi SAW pernah bersabda, “Barangsiapa yang menjamin untukku sesuatu yang berada di antara janggutnya (mulut) dan di antara kedua kakinya (kema.luan), maka aku akan menjamin baginya syurga.” (HR. Bukhari)
Diriwayatkan dari ‘Uqbah bin ‘Aamir r.a, beliau berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu ? “. Nabi SAW menjawab : “Jaga lisanmu, tetaplah tinggal di rumahmu, dan tangisilah dosa-dosamu.“ (HR. Tirmidzi, shahih)
Kini zaman media sosial yang semua peringkat umur boleh mengakses, jari jemari sudah menjadi pengganti lidah, maka teramat mudahlah ‘lidah’ itu menghi.ris hati-hati manusia lain.
Guna lisan untuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jauhi kesia-siaan.
Semoga bermanfaat. Wallaahu a’lam.